Translate

Diabetes Mellitus & Rawatan Secara Herba


DEEPURE TEA






Untuk Pesakit Diabetes adalah disyorkan mengambil TEH DEEPURE dahulu kerana khasiatnya sungguh bagus untuk pesakit. Khasiat nya adalah seperti berikut:


Ramuan Utama

Intipati Tea Pu'er
Fungsi

Secawan Deepure membekalkan anda pelbagai manfaat kesihatan:
  • Minum dengan kenikmatan, Deepure memelihara perut, membersihkan usus dan mengeluarkan kekeruhan.
  • Minum dalam kuantiti yang sesuai, Deepure mengurangkan tahap lipid darah dan gula darah.
  • Minum ketika santapan, Deepure mengurangkan lemak.
  • Minum untuk jangka masa yang lama, Deepure mempertingkatkan imuniti dan mengelakkan anda daripada sub-kesihatan.

    Sifat Produk
  • Persekitaran penanaman yang bebas daripada pencemaran dan bersifat ekologi.
  • Formula saintifik baru.
  • Menggunakan teknologi bio-penapaian moden – menyeragamkan seluruh proses penapaian dengan piawaian terkawal, selamat dan bersih serta menggunakan sejenis mikrob untuk mempertingkatkan kesihatan melalui penghasilan faktor Pu're.
  • Menggunakan teknologi pengekstrakan digital – menghasilkan tea dengan skala nano yang tulen, kaya dengan ramuan yang bermanfaat dan menyingkirkan logam berat, saki-baki racun perosak serta bahan yang tidak tulen.
  • Pengeluaran seragam – seluruh proses daripada penanaman, kutipan hasil, penapaian, pengekstrakan, penghantaran, penyimpanan dan penjualan.
  • Kemudahan – hanya 3 saat untuk menikmati penjagaan kesihatan anda dengan Deepure.


Harga Pasaran : RM138.00
Harga Ahli : RM 120.00



DONG CHONG CAO

Ramuan Utama

Cordyceps sinesis
Pada pertengahan musim panas setiap tahun, apabila salji melebur di padang rumput gunung salji di ketinggian lebih daripada 3000 meter, kupu-kupu hepialid bertelur dan beribu-ribu telur dilekatkan pada daun-daun tumbuhanberbunga.




Dong Chong Cao ini juga di gelar sebagai Raja Herba, keunikkan tumbuhan ini dimana jika tidak dipetik selepas tempoh matang ia akan bertukar jadi ulat bernyawa, sebab tu kita boleh lihat tumbuhan ini berbentuk seperti ulat.


Ciri-ciri produk

1. Produk yang unik dari negara China.
2. Sesuai untuk kebanyakan golongan pengguna.
3. Kandungan bahan aktif yang tinggi.
4. Bebas daripada kandungan hormon dan perangsang.



Kelebihan produk.

1. Melaraskan keseimbangan Yin dan Yang - Teori Perubatan Tradisional Cina mengenai pengawalaturan keseluruhan badan.

Dalam Perubatan Tradisional Cina, tubuh manusia dianggap sebagai suatu entiti biologi keseluruhan, dimana Yin dan Yang merupakan faktor utama pelarasan fungsi-fungsi metabolisma dan fasiologi badan. Yin dan Yang saling meningkat dan saling mengawalatur demi mengekalkan keseimbangan dinamik relatif sendiri. Ini merupakan syarat asas untuk semua aktiviti normal dalam kehidupan. Apabila Yin dan Yang seimbang maka badan dalam keadaan sihat.

2. Pengawalaturan dwi-arah.

Kebanyakan herba perubatan cina bersifat lembut dan bertindak ke atas sasaran berganda, ia berupaya menjalankan pelarasan dwi-arah dalam banyak aspek. "Pelarasan" ini adalah suatu ciri khas Perubatan Tradisional Cina, ia juga satu kelebihan. Cordyceps merupakan satu daripada herba pengawalaturan dwi-arah tersebut, di mana ia mengkhasiati Yin dan menguatkan Yang, ia berkesan ke atas tekanan darah tinggi dan juga tekanan darah rendah, ia menolong merawat diabetes dan merendahkan gula dalam darah dan pada masa yang sama membaiki keadaan hipoglisemia untuk mengembalikan tenaga kepada badan, ia boleh meningkatkan fungsi sistem imun dan juga boleh mengurangkan fungsi inunosit tertentu.

Aplikasi yang bersesuaian.

Kepada mereka yang mempunyai keimunan yang lemah, mudah sakit demam dan mereka yang cepat letih.
Sesuai untuk golongan pertengahan usia dan warga tua, mereka yang mempunyai tekanan kerja yang berat, membuat kerja fizikal yang berat dan berbadan lemah.
Mereka yang mengidap penyakit ketidakfungsian pulmonari seperti asma, bronkitis kronik, emfisema, dan rhinitis kronik.
Mereka yang kekurangan fungsi renal yang mendadak atau kronik, atau kegagalan fungsi renal, sakit belakang, protainuria, dsb.
Pesakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah.
Mereka yang bermasalah dengan ketidakfungsian seksual, kemandulan, mati pucuk dan keluaran mani nokturnal.


4 Fungsi Utama

1. Memperbaiki fungsi sistem pernafasan.

Dalam Perubatan Tradisional Cina, Cordyceps dikatakan boleh membaiki keadaan paru-paru, merawat asma, menghentikan batuk dan menyingkirkan kahak, ia digunakan untuk merawat batuk kohol dan asma yang disebabkan oleh kelemahan peru-paru dan/atau ginjal. Kajian moden menunjukkan bahawa Cordyceps berfungsi dengan ketara dalam meningkatkan perembesan epinefrin, mengembangkan bronkus, menghentikan asma, menolong mengeluarkan kahak, dsb. Ia juga berfungsi sebagai rawatan sampingan untuk penyakit ko-pulmonal dan kegagalan pernafasan.

2. Meningkatkan fungsi ginjal (buah pinggang).

Menurut Perubatan Tradisional Cina, Cordyceps mempunyai kaitan dengan kesihatan ginjal, ia meningkatkan fungsi renal dan membaiki poten lelaki, ia boleh merawat kelemahan ginjal, sakit belakang, dsb. Kajian moden mendapati bahawa Cordyceps membawa kesan baik dalam rawatan kegagalan renal secara mendadak. Dalam rawatan kegagalan renal kronik, ia mengurangkan protein air kencing, kreatinin, serum dan nitrogen air kencing.

3. Meningkatkan fungsi seksual

Cordyceps boleh membaiki poten lelaki dan menggalakkan perembesan air mani. Ia lembut dan tidak bersifat panas, sesuai untuk merawat kekurangan renal, sakit belakang bahagian bawah, mati pucuk, keluaran mani nokturnal, ketidakfungsian seksual, kemandulan, dsb.

4. Mengawalatur fungsi keimunan dan meningkatkan kebolehan melawan penyakit.


Cordyceps mengawalatur sistem imun secara dwi-arah, fungsi utamanya ialah meningkatkan imuniti, tetapi ia juga mempnyai kesan penekanan ke atas penyakit autoimuniti. Melalui pelarasan dwi-arah, kebolehan badan melawan penyakit dipertingkatkan. Perubatan Tradisional Cina percaya bahawa Cordyceps bertindak sebagai suatu tonik untuk kesihatan yang kurang baik, ia berkesan dalam menguatkan badan pesakit yang sedang pulih, merawat peluh semasa sejuk, terasa sejuk dan gejala-gejala lain. Oleh itu, Cordyceps boleh digunakan untuk melawan keletihan, ia juga meningkatkan ketahanan fizikal badan dan memberikan perlindungan.

Fungsi Lain

Pelarasan Kepada tekanan darah dan dll



MONASCUS



PRODUK HALAL
HARGA PASARAN: RM80.00
HARGA AHLI :RM 65.00

Ciri-ciri produk
 
Yis Merah atau dikenali sebagai "Hong Qu" merupakan Ubatan Tradisional Cina yang diperbuat daripada beras. Bahan tersebut telah lama digunakan di China sebagai makanan tambahan untuk merawat penyakit selama lebih 1000 tahun dahulu. Ciri-ciri istimewa produk ini termasuklah teknik pembuatan yang unik, prosedur pembuatan yang menepati piawai, kawalan kualiti yang dijaga dan bahan aktif yang terbaik. Tasly Monascus adalah dipercayai dan selamat digunakan serta harganya amat berpatutan.
 Aplikasi yang bersesuaian
  • Seseorang yang mempunyai paras lipid atau kelikatan darah yang tinggi.
  • Seseorang yang berisiko tinggi menghidap arteriosklerosis.
  • Seseorang yang ingin mencegah daripada arteriosklerosis.
  • Seseorang yang mengidap penyakit yang berkaitan dengan arterlosklerosis seperti strok dan Penyakit Jantung Koronori (CHD).
 4 Fungsi Utama
  1. Merendahkan lipid darah dengan cepat dan berkesan.
  2. Membantu melawan pembentukan plak.
  3. Mencegah daripada hiperlipidemia (kehadiran paras lipid yang tinggi di dalam darah).
  4. Berkesan mencegah dan melegakan penyakit jantung koronori, arteriosklerosis dan strok.
Lebih kurang 4-6 minggu selepas produk ini diambil, simptom penyakit kardio-serebrovaskular seperti terasa tekanan pada dada, sakit dada, pening kepala, sakit kepala, kesukaran bernafas, perut mengembung, badan terasa letih, rasa kebas pada badan, tangan dan kaki, dsb. Ia dengan ketara boleh berubah.
3 Mekanisma Tasly Monascus 
1. Mekanisma pengurangan kolesterol endogen
Lovastatin secara semulajadi terkandung dalam Tasly Monascus, boleh merencatkan HMG-CoA reduktase bagi mencegah sintesis kolesterol endogen. Kolesterol endogen ialah kolesterol yang terbentuk didalam badan dan bukannya datang daripada makanan. Manakala kolesterol eksogen ialah kolesterol yang masuk kedalam badan melalui makanan. 
2. Mekanisma pengurangan kolesterol eksogen
Ergosterin akan bertanding dengan kolesterol dan menganggu penyerapan kolesterol ke dalam badan kerana struktur kimia ergosterin menyerupai struktur kolesterol.
3. Mekanisma pengurangan trigliserida
Asid linoleik sangat bermanfaat kepada mereka yang menghidapi hipertrigliseridemia (paras trigliserida yang tinggi di dalam darah). Asid linoleik ialah sejenis asid lemak politaktepu dari keluarga asid lemak Omega 6. Ia merupakan prekursor untuk hormon seperti prostaglandin. Prostaglandin ialah bahan yang didapati dalam sel-sel badan. Asid linoleik ialah asid lemak perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita, oleh itu ia harus diambil melalui pemakanan.



 Diabetes Mellitus



Apakah itu diabetes?


Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih dari 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes.


Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat..Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.


Dua jenis diabetes

Terdapat dua jenis diabetes utama:

  • Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
    • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
    • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

  • Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
    • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
    • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada di sempadan tahap gula yang tinggi, yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.


Apakah tanda-tanda amaran diabetes?

Penyakit diabetes sering berlaku secara senyap, terutamanya pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:
  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal
Lain-lain gejala termasuk:
  • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas
Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.
Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walau bagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
  • Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
  • Impaired glucose tolerance (IGT).
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ).
  • Tekanan darah tinggi
  • Tidak aktif -gaya hidup sedentari
  • Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .
Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi klinik kesihatan berdekatan.
Komplikasi diabetes
Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.
Keadaan kecemasan:
  • Hipoglisemia ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
  • Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
  • Hiperglisemia adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
  • Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
    • Mata
      • Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
    • Saraf
      • Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene. Sekiranya melarat, mungkin perlu menjalankan pembedahan amputasi untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke seluruh badan.
    • Otak
      • Angin ahmar
    • Buah pinggang
      • Kegagalan buah pinggang
    • Jantung
      • Sakit jantung
Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi
Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat diabetes?
Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:
  • Mengawal pengambilan makanan
    • Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
  • Melakukan senaman fizikal
    • Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
  • Ubatan
    • Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
    • Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.
Walaupun anda menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan normal dan aktif.
Anda boleh menjaga diri anda sendiri
  • Penjagaan secara umum:
    • Penjagaan kulit
      • Mandi setiap hari
      • Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
      • Merawat luka dan calar dengan segera
      • Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.
    • Penjagaan kaki
      • Basuh kaki setiap hari
      • Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
      • Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
      • Potong kuku jari kaki secara lurus
      • Tukar stokin anda setiap hari
      • Jangan berjalan tanpa kasut di luar rumah
      • Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai diguna luar rumah.
  • Mengawasi diri sendiri
    • Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes
  • Penjagaan gigi
  • Kerap menjalani pemeriksaan mata
  • Mengelakkan minuman keras
  • Berhenti merokok
Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:
  • Makan makanan berkhasiat dan kalori terkawal dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
  • Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori dan oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
  • Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul
Kumpulan sokongan
  • Persatuan Diabetes Malaysia (PDM)
  • National Diabetes Institute (NADI)
  • National Kidney Foundation (NKF)
  • EMKAY (Yayasan EMKAY)


Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia










No comments:

Post a Comment