Translate

Kardiovaskular

Angin Ahmar / Strok
Apa itu strok/angin ahmar?
Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.
Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.
Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar?
Faktor risiko penyumbang kepada strok/angin ahmar yang tidak boleh diubahsuai adalah:
  • Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat strok/angin ahmar lebih tinggi.
  • Jantina Lelaki - lebih berisiko tinggi dari wanita.
  • Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap strok/angin ahmar atau angin ahmar ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)
Faktor risiko yang boleh diubahsuai untuk anda mendapat strok/angin ahmar adalah:
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing manis
  • Paras kolesterol tinggi
  • Merokok
  • Berat badan yang berlebihan
  • Cara hidup tidak aktif (sedentari)
  • Tekanan/stress
  • Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
  • Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan
Bagaimana saya tahu yang saya diserang strok/angin ahmar?
Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala strok/angin ahmar, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran.
Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami strok/angin ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.
Apakah gejala strok/angin ahmar?
Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
  • Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
  • Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
  • Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
  • Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
  • Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
  • Sukar menelan
Apakah jenis-jenis strok/angin ahmar?
Terdapat 2 jenis utama strok/angin ahmar:
  • Thrombotic/ischaemic stroke
    http://www.myhealth.gov.my/myhealth/eng/$public/story_images/adult/stroke1.jpg
    • Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak tersumbat.
  • Haemorrhagic stroke
     
    • Ini berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah
Apakah rawatan untuk strok/angin ahmar?
Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :
  • Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan mengenalpasti berapa luas tisu otak yang telah rosak
  • Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
  • Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
  • Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)
  • Nasihat amalan pemakanan sihat
Bolehkah saya mengelak dari serangan stroke/angin ahmar?
Ya!
Faktor risiko yang menyumbang strok/angin ahmar boleh dikurangkan seperti :
  • Kawal tekanan darah
  • Kawal tahap Kolesterol
  • Kawal penyakit Diabetes
  • Amalkan cara pemakanan sihat
  • Berhenti merokok
  • Kerap bersenam
  • Menangani tekanan mental
  • Kurangkan pengambilan minuman keras
Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit strok/angin ahmar
Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal.
Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit angin ahmar. Petugas Kesihatan akan dapat membantu dalam proses rehabilitasi adalah seperti berikut :
  • Jurupulih Pertuturan
    • membantu mengekalkan dan memulihkan pertuturan serta menilai tahap kebolehan menelan
  • Jurupulih Cara Kerja
    • mengajar cara mengendali dan menunjuk ajar kemahiran baru, mencadangkan pengubahsuaian rumah bagi memudahkan pergerakan mengikut keupayaan pesakit strok/angin ahmar
  • Jurupulih Anggota
    • mengekalkan atau membantu meningkatkan pergerakan dan fungsi badan
Dimanakah kumpulan sokongan pesakit strok/angin ahmar boleh diperolehi?
  • Nasam - National Stroke Association of Malaysia


Penyakit Arteri Koronari
Pengenalan
Berlaku apabila saluran darah menjadi keras dan sempit disebabkan oleh plak kolesterol.
Jika keadaan ini berlanjutan pengaliran darah ke otot jantung akan berkurangan. Ini akan mengakibatkan sakit dada. Jika bekalan darah berkurangan ke tahap yang kritikal, seseorang itu akan mendapat serangan jantung.
Penyakit arteri koronari adalah antara penyebab kematian utama di hospital-hospital kerajaan di Malaysia Faktor risiko utama termasuk:
  • Merokok
  • Paras kolesterol yang tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Diabetes
  • Peningkatan umur
Faktor risiko yang lain termasuklah:
  • Kegemukan (Obesiti)
  • Kekurangan Aktiviti Fizikal
  • Sejarah keluarga di mana penyakit arteri koronari berlaku pada umur yang muda
  • Kaum etnik
Tanda & Simptom
Pesakit mungkin merasa sakit dada dan/atau sesak nafas semasa senaman atau melakukan aktiviti.
Kadangkala kesakitan boleh dirasai pada bahagian bahu, lengan, leher, rahang atau belakang badan.
Semasa serangan jantung, pesakit akan mengalami sakit dada secara tiba-tiba dan diiringi dengan berpeluh, loya, berdebar dan pening.
Dalam keadaan seperti diabetes dan usia tua, simptom mungkin ringan, luarbiasa (contohnya sakit pada bahagian ulu hati) atau tiada langsung.
Komplikasi
  1. Lemah jantung
  2. Denyutan jantung yang luarbiasa
  3. Kematian
Rawatan
Rawatan Bukan Ubat-ubatan
  • Cara hidup sihat
    • Berhenti merokok
    • Pemakanan seimbang
    • Mengekalkan berat badan yang unggul
Rawatan Ubat-ubatan
  • Ubat diberi untuk:
    1. Mengurangkan pembekuan darah / mencairkan darah
    2. Mengurangkan kadar denyutan dan tekanan darah supaya mengurangkan keperluan oksigen oleh jantung
    3. Mengembangkan saluran darah untuk meningkatkan bekalan oksigen
    4. Pengawalan secara optima:
      1. tekanan darah tinggi
      2. paras gula untuk pesakit diabetes
      3. Paras kolesterol
    5. Semasa serangan jantung akut, pencairan darah beku adalah berkesan jika rawatan diberi dalam masa 6 jam
Prosedur pembedahan / intervensi untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung bagi sesetengah kes:
  • Angioplasty - prosedur untuk membuka saluran
  • Pembedahan pintas jantung
Pencegahan
Mengenalpasti dan menangani faktor risiko arteri koronari melalui:
  • Pengesanan awal faktor risiko melalui pemeriksaan perubatan secara berkala
  • Amalan cara hidup sihat:
    1. Berhenti merokok
    2. Pemakanan seimbang
    3. Pengekalan berat badan unggul
    4. Senaman berkala
  • Pengawalan secara optima:
    • tekanan darah tinggi
    • paras gula untuk pesakit diabetes
    • Paras kolesterol
Rehabilitasi
Rehabilitasi jantung adalah program latihan yang dipantau oleh anggota kesihatan yang berkelayakan/mahir. Ia boleh membantu pesakit pulih dengan cepat dan meningkatkan tahap fungsi fizikal, mental dan sosial.
Ia merupakan program pelbagai bidang termasuk:
  • Kaunseling mengenai proses penyakit dan kepentingan pengambilan ubat
  • Program senaman
  • Nasihat pemakanan
  • Membantu pesakit mengurangkan faktor risiko
  • Memberi bimbingan kerjaya
  • Sokongan emosi
    Penyakit Jantung dan Rendahkan Paras Kolesterol
    Apa itu serangan jantung?
     
    Anda mungkin sering mendengar berkenaan serangan jantung, namun adakah anda mengetahui penyebab penyakit ini? Penyakit ini berlaku apabila pembuluh darah menjadi sempit akibat penyumbatan plak lemak dan kolesterol mengakibatkan aliran darah terganggu dan tidak boleh mengalir ke jantung. Otot jantug akan mengalami kekurangan oksigen dan menyebabkan ischaemia. Jika penyumbatan pembuluh darah di tahap yang teruk (>75%) bekalan oksigen akan terhenti dan otot jantung yang terlibat akan mati .Ini boleh menyebabkan serangan jantung yang teruk dan boleh membawa kematian.

    Keadaan ini dikenali sebagai Aterosklerosis yang menyebabkan Penyakit Arteri Koronari . Keadaan ini selalunya terjadi tetapi tidak disedari ole ramai orang. meskipun telah meragut banyak nyawa. Aterosklerosis sebenarnya penyebab utama penyakit danpembunuh nombor satu di dunia. Di Malaysia, lebih ramai orang mati kerana aterosklerosis berbanding dengan kanser. Di Malaysia, sekitar 9% atau 4000 daripada 50 000 pesakit dirawat di hosiptal kerajaan meninggal akibat aterosklerosis pada tahun 2004 berbanding dengan kematian akibat kanser sebanyak 7%.

    Darah mengalir melalui pembuluh darah (arteri) ke organ-organ penting seperti jantung dan otak. Plak kolesterol dalam arteri akan menyempitkan lumen dan mengganggu aliran darah. Ada ketika sumbatan ini boleh pecah dan menyebabkan pembentukan darah beku. Jika hal ini terjadi pada jantung, ia akan mengganggu aliran darah dan menyebabkan berlakunya serangan jantung. Organ yang tidak menerima bekalan darah yang mencukupi akan rosak. Jika berlaku di dalam otak, akan menyebabkan angin ahmar (strok) dan jika itu terjadi di periferi maka akan menyebabkan Penyakit Arteri Periphera dan mengakibatkan kerosakan atau kegagalan organl. Ramai yang tidak sedar akan adanya arterosklerosis terutama yang berisiko tinggi kerana tiada tanda tertentu yang boleh di kesan. Oleh itu saringan kolesterol adalah penting untuk intervensi awal.
    Sayangnya, ramai orang tidak tahu bahawa kematian akibat aterosklerosis boleh dielakkan. Aterosklerosis menyebabkan 50% kematian pesakit akibat serangan jantung. Jika mereka dapat bertahan, 2 / 3 akan discaj dari hospital dengan kadar morbiditi yang tinggi dan 1 / 3 lagi boleh mengalami masalah lumpuh anggota badan akibat strok.
    Apakah faktor risiko penyumbang terhadap serangan jantung?
     
    Aterosklerosis terus meningkat di Malaysia dan Asia sebahagian besar disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat. Jumlah penduduk dengan masalah obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi juga meningkat yang merupakan faktor risiko penting. Kurang amalan bersenam, tabiat pemakanan yang buruk dan merokok juga menyumbang terhadap risiko aterosklerosis.
    Apa itu kolesterol?
    Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat jenis kolesterol 'baik' dan 'buruk'.
    Apakah kolesterol 'buruk'?
    Orang ramai sering berasa takut apabila di sogokkan dengan keburukkan kolesterol kerana mendapat maklumat yang salah, namun kebenarannya adalah kolesterol merupakan sebahagian darpada kimia penting untuk tubuh. Kolesterol terdapat dalam setiap sel manusia dan haiwan. Selain kolesterol yang diperolehi daripada pengambilan makanan berasaskan haiwan oleh seseorang individu, tubuh kita juga mempunyai kemampuan untuk menghasilkan semua kolesterol yang diperlukan untuk pelbagai fungsi badan.
    Pengekalkan tahap kolesterol dalam peringkat yang disarankan (normal) adalah penting untuk memperolehi kebaikan maksima. Kolesterol digunakan untuk membuat cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Ini adalah amat penting untuk melindungi saraf, membina sel-sel badan yang baru, dan menghasilkan hormon tertentu yang diperlukan untuk perkembangan normal dan fungsi tubuh manusia.

    Kolesterol secara semulajadi seperti lilin yang dibuat oleh hati kita dan merupakan kombinasi daripada lemak dan steroid. Kolesterol kurang/tidak larut dalam air dan lipoprotein tertentu diperlukan untuk mengangkut kolesterol dalam pembuluh darah.
    Jenis lipoprotein :
    • Low density lipoprotein (LDL)
    • Trigliseride merupakan komponen utama
    • Very low density lipoprotein (VLDL)
    • High density lipoprotein (HDL)
    Low density lipoproteins(Kolesterol Buruk)
    Low Density Lipoproteins juga dikenali sebagai (LDL) atau kolesterol buruk kerana mereka mempunyai kecenderongan untuk melekat di dinding arteri.Ini menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolesterol. Menurunkan paras kolesterol LDL akan mengurangkan risiko daripada penyakit jantung.

    Adakah menurunkan kolesterol LDL mencegah penyakit jantung koronari?
    Menurunkan Kolesterol LDL akan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan ada ketika, pengambilan ubat-ubatan tertentu akan disarankan untuk pencegahan sekunder pada pesakit yang pernah diserang penyakit jantung atau mempunyai angina dan untuk pencegahan primer, iaitu pada mereka yang mempunyai faktor risiko penyakit jantung koronari.
    Selain ubat-ubatan, melakukan perubahan gaya hidup tertentu seperti bersenam secara teratur, mengikut diet yang rendah lemak tepu dan kolesterol, menurunkan berat badan berlebihan dapat membantu menurunkan paras kolesterol.

    High density lipoproteins(Kolesterol Baik)
    High density lipoproteins juga dikenali sebagai (HDL) atau kolesterol baik kerana mereka menjalankan fungsi mengeluarkan kolesterol dari pembuluh darah dan membawa mereka kembali ke hati. Mereka juga membantu dalam mencegah pembentukan plak kolesterol dalam pembuluh darah. Bersukan atau bersenam secara teratur dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat boleh membantu dalam meningkatkan tahap HDL.[/01]

    Trigliseride
    Trigliseride adalah bentuk lemak yang dibuat dalam tubuh. Paras trigliseride yang tinggi boleh disebabkan oleh masalah obesiti, merokok, kurang aktiviti fizikal dan pengambilan alkohol. Mereka yang mempunyai tahap trigliseride tinggi biasanya mempunyai tahap Total Cholesterol yang tinggi termasuk tahap LDL yang tinggi dan tahap HDL rendah. Kebanyakan individu yang mengidap penyakit diabetes atau jantung biasanya mempunyai tahap trigliseride yang tinggi.

    Siapa yang memerlukan ujian saringan kolesterol?
    Setiap individu boleh mengalami masalah tahap kolesterol tinggi tanpa mengira usia atau jantina. Tiada mempunyai tanda-tanda dan gejala yang akan membantu seseorang individu untuk mengetahui beliau mempunyai tahap kolesterol tinggi atau sebaliknya. Hanya pemeriksaan darah rutin akan membantu anda mengesan tahap kolesterol dalam darah anda. Paras tinggi kolesterol hanya diberikan perhatian jika ada beberapa masalah utama lain yang perlu dinilai.

    Disarankan bagi mereka yang berumur atas 35 tahun harus menjalani ujian saringan sekurang-kurangnya satu pemeriksaan perubatan pada setiap tahun. Jika anda mempunyai kolesterol tinggi, harus diulang setiap 2 ke 6 bulan. Di sarankan ujian kolesterol di ulang selepas kaunseling dan perlaksanaan intervensi di lakukan.
    Apa tahap disarankan?
    Total Cholesterol - di bawah 200 mg (5.1 mmol / L)
    Kolesterol LDL - di bawah 70 mg (1.8 mmol / L) untuk pesakit yang mempunyai penyakit jantung bawah 100 mg (2.6 mmol/L) jika mempunyai factor risiko penyakit kardiovaskular dan bawah 130 mg (3.4 mmol / L) untuk orang normal dan tidak ada faktor risiko.
    Wanita umumnya memiliki paras HDL lebih tinggi berbanding lelaki dan mereka dilindungi oleh hormon sampai menopause. Paras HDL dan risiko penyakit jantung mereka menjadi sama dengan lelaki setelah menopause.

    Apakah gejala kolesterol tinggi?
    Kebanyakan orang dengan kolesterol tinggi tidak mempunyai tanda-tanda atau gejala. Anda dan doktor anda tidak akan dapat mengesannya, walau bagaimana pun antara gejala yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:
    • Angina iaitu sakit dada atau ketidakselesaan akibat aterosklerosis pembuluh darah koronari Intermittent claudication iaitu rasa sakit pada bahagian kaki apabila berjalan pada jarak tertentu.
    • Hal ini berlaku kerana aterosklerosis pembuluh darah di kaki yang menyebabkan penyumbatan di salur darah dan seterusnya menhalang pengedaran darah yang lancar.
    • Stroke atau mini stroke berlaku apabila darah beku atau pendarahan (salur darah pecah) di bahagian tertentu otak. Ini menyebabkan bahagian otak yang terlibat akan hilang fungsi dan kelumpuhan anggota berlaku.
    • Plak pecah boleh menyebabkan berlakunya trombosis koronari dan penyumbatan aliran darah ke jantung iaitu serangan jantung
    • Xanthoma iaitu ketulan kuning pada kulit terutama di sekitar mata. Ketulan kuning ini disebabkan oleh penggumpulan lemak dan biasanya menyebabkan kolesterol tinggi dalam darah. Xanthoma selalunya terjadi terutama di kalangan mereka dengan hiperkolesterolemia familial.
    Bagaimana seseorang individu boleh mencegah kolesterol tinggi?
    Faktor keturunan dan diet mempunyai pengaruh penting terhadap paras HDL, LDL dan total cholesterol seseorang. Diet yang tinggi lemak tepu dan kolesterol meningkatkan paras kolesterol LDL dalam darah. Kebanyakan individu dapat mencegah kolesterol tinggi dengan mengikuti saranan berikut:
    • Berhenti merokok
    • Makan lebih produk susu.
    • Makan makanan berserat tinggi (sayuran, gandum, kekacang dan buah-buahan), rendah lemak (mengelakkan daging merah dan kuning telur) dan karbohidrat rendah (mengelakkan gula ringkas).
    • Menurunkan Berat Badan (Capai Body Mass Index yang optima. Beri tumpuan untuk mengurangkan lemak di perut).
    • Senaman 30 minit sehari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu
    • Makan ubat yang disyorkan oleh doktor
    • Ubat untuk menurunkan paras kolesterol harus diambil hanya selepas konsultasi doktor.
    Kombinasi keadaan tinggi tahap total cholesterol dan LDL dan rendah tahap kolesterol HDL adalah tidak diingini sementara kombinasi rendah tahap total cholesterol dan LDL dan kadar kolesterol HDL yang tinggi adalah disarankan.
    Berikut ini adalah beberapa pilihan sumber maklumat dan sokongan yang tersedia :
    • Kesihatan Klinik dengan Program Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit yang mepunyai kumpulan kumpulan sokongan bagi pelanggan mereka –sila semak dengan klinik kesihatan terdekat anda atau pejabat kesihatan daerah untuk mengetahui tentang perkhidmatan ini
    • Nutrition Society of Malaysia (NSM).(NSM). http://www.nutriweb.org.my
    • Yayasan Jantung Negara (National Heart Foundation) http://www.malaysianheart.org National Heart Association of Malaysia Tingkat 1, Rumah Hati Akademi Bangunan 210 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur MALAYSIA Tel No: 603-4023 1500 Fax No: 603-4023 9400 Email: secretariat@malaysianheart.org


Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia
     

No comments:

Post a Comment